Penjelasan Tentang "Delivery"

Bismillah Hiromah Nirrohim

Assalamualaikum

Untuk makluman semua dan bagi menjawab beberapa pertanyaan berkaitan dengan "home delivery" ingin saya jelaskan di sini bahawa "home delivery" hanya terhad di kawasan bandar bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Seberang Perai Tengah, Selatan dan Utara, Sungai Petani, Alor Setar, Jitra dan juga Taiping.

Lain-lain kawasan pada masa kini akan hanya dibuat melalui pos. Saya sedia berbincang sekiranya lokasi yang tersebut di atas tidak meliputi kawasan tempat tinggal anda.

Untuk pengetahuan anda semua juga, penjualan kerongsang atau brooch mendapat sambutan yang cukup baik. Saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang berminat untuk menjadi agen kerongsang. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya seperti talian yang telah disenaraikan ataupun sms kepada talian tersebut.